Bekas setiausaha sulit kanan, tunang direman lima hari - Utusan Malaysia

Bekas setiausaha sulit kanan, tunang direman lima hari

BEKAS setiausaha sulit kanan bekas menteri direman selama lima hari di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Dua individu termasuk seorang bekas setiausaha sulit kanan bekas menteri direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan nilai RM3.7 juta.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang pernah memegang jawatan setiausaha sulit kanan berusia 29 tahun dan tunangnya berumur 28 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira pukul 5.30 petang dan 10.00 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, kedua-dua suspek hadir menyerah diri di Ibu Pejabat SPRM setelah menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu.

Mereka sebelum ini dijejaki oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah melibatkan wang daripada sebuah syarikat yang mendapat projek promosi pengiklanan kelolaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, setiausaha sulit kanan tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Kuala Lumpur, Rabu ini (19 Ogos 2020).

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut telah didakwa pada 27 Julai lalu atas tiga pertuduhan dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan tuntutan palsu untuk mendapatkan tender ‘Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia’ bernilai RM89 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya