Bekas Pengerusi ANGKASA Perlis didakwa tuntutan palsu RM90,000 - Utusan Malaysia

Bekas Pengerusi ANGKASA Perlis didakwa tuntutan palsu RM90,000

ANGKASA
Bekas Pengerusi ANGKASA Perlis (baju putih) didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis hari ini atas kesalahan pemalsuan dokumen.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memalsukan invois bagi program memperkasakan jati diri melibatkan nilai RM90,000 pada 2018.

Tertuduh, Ismail Hashim, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi tiga pertuduhan yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.

Ismail didakwa memalsukan beberapa dokumen tuntutan yang tidak wujud butir pembekalan pada 8 Ogos 2018 berkaitan Program Memperkasakan Jati Diri Kepimpinan Gerakan Koperasi di tiga Parlimen di negeri ini.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat ANGKASA di Petaling Jaya, Selangor.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pesara Telekom Malaysia Bhd (TM) telah memperdaya prinsip ANGKASA dengan memberikan tiga invois pembayaran katering jamuan peserta kursus dan rakyat, selain sumbangan hamper kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sedangkan tiada pembekalan perkhidmatan sedemikian dilakukan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai butir matan palsu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping sementara tertuduh diwakili peguam, Fatin Hayati Abdul Rahman.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 bagi tiga pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 September ini.

Pada April tahun lalu, seorang lelaki dipercayai menggunakan jawatannya sebagai pengerusi sebuah koperasi dan bersubahat dengan dua lagi suspek, membuat tuntutan palsu ke atas koperasi bagi mendapatkan dana berjumlah RM90,000 untuk penganjuran sebuah program pembangunan jati diri walaupun program berkenaan tidak dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya