Bekalan elektrik 5 premis judi 'online' dipotong - Utusan Malaysia

Bekalan elektrik 5 premis judi ‘online’ dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik di lima premis judi siber yang dikesan menjalankan kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi pemotongan itu dilakukan selama dua jam bermula pukul 10 pagi ini.

“Operasi ini membabitkan premis di kawasan Bertam Putra dan Tasek Gelugor.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1966 bagi memutuskan bekalan elektrik di premis terbabit supaya tidak kembali beroperasi.

“Kesemua premis itu sudah diambil tindakan dalam serbuan yang dijalankan sebelum ini menerusi Op Dadu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga kini, sebanyak 25 serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan judi haram dengan tangkapan seramai 15 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya