Beberapa surau, masjid di Kuala Nerus ditutup untuk nyah kuman - Utusan Malaysia

Beberapa surau, masjid di Kuala Nerus ditutup untuk nyah kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Beberapa surau dan masjid di Kuala Nerus ditutup selama empat hari bermula semalam bagi kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman berikutan dikunjungi individu yang masih dalam proses ujian pengesahan Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, lelaki berusia 30-an yang tidak bergejala itu mempunyai sejarah pulang bercuti ke Terengganu pada 30 Julai hingga 15 Ogos lalu dan telah menziarahi sanak saudara serta kenalan di beberapa lokasi sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman awal mengenai satu kes disyaki Covid-19 itu, pada Selasa lalu.

“Sebagai langkah proaktif untuk mencegah dan mengawal penularan Covid-19, kita telah membuat pengesanan, pengasingan dan ujian saringan ke atas kontak-kontak rapat lelaki itu walaupun pengesahan kes membabitkan dirinya masih berjalan.

“Jabatan Kesihatan juga akan menjalankan proses disenfeksi ke atas surau dan masjid yang dikunjunginya, serta mengesyorkan ia ditutup kepada umum sehingga keputusan ujian pengesahan dirinya dan keputusan ujian makmal ke atas semua kontak diperolehi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nor Azimi menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan situasi tersebut kerana langkah yang diambil merupakan tindakan awal.

Beliau turut meminta masyarakat agar kekal bertenang di samping sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada setiap masa bagi mencegah penularan pandemik tersebut terutama di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya