Masuk perangkap polis - Utusan Malaysia

Masuk perangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar syabu serta heroin selepas menahan dua suspek lelaki di Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini dua minggu lalu.

Suspek berusia 35 dan 47 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berikutan intipan dilakukan selama seminggu sehingga 8 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid berkata, pemeriksaan di sebuah rumah di Bukit Tengah berjaya membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis heroin.

“Di situ, kita menahan seorang lelaki dan merampas beberapa jenis dadah bernilai RM47,320 bersama peralatan memproses dadah.

“Susulan penahanan lelaki itu, kita sekali lagi menahan rakannya di kawasan berhampiran pada 8 Ogos lalu dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM400,000,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini pagi ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kegiatan sindiket yang aktif sejak enam bulan lalu di negeri ini selain mengenal pasti beberapa individu lain yang terlibat.

Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM447,320 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya