Azeez persoal Mujahid tidak kemuka laporan kewangan TH - Utusan Malaysia

Azeez persoal Mujahid tidak kemuka laporan kewangan TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim mempersoalkan tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa yang gagal mengemukakan laporan kewangan institusi itu sepanjang berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Baling itu berkata, TH merupakan institusi berlandaskan Jabatan Audit Negara dan secara jelasnya akta dalam Seksyen 5 dan 6 mesti mempunyai laporan kewangan.

“Bagaimanapun, dia (Mujahid) tiada bagi laporan. Mana laporan di bawah PH selama 22 bulan mereka memerintah?

“Selepas tinggalkan TH, kami tinggalkan wang tunai RM11.7bilion dan bila mereka ambil alih rugi RM10bilion. Namun, secara tiba-tiba selepas Perikatan Nasional ambil alih cakap untung pula,” katanya menerusi program  Berani Semuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam.

Terdahulu, menerusi program tersebut, Azeez bersemuka dengan Mujahid bagi berdebat tentang isu TH yang dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator.

Dalam pada itu, Azeez turut menegaskan bahawa keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkaitan TH sama ada semasa berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional atau PH.

Jelasnya, RCI seharusnya tidak perlu diminta pada kerajaan kini yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana suruhanjaya itu sepatutnya ditubuhkan dalam tempoh 100 hari pemerintahan PH.

“Namun, sehingga kini lebih 22 bulan memerintah tidak kelihatan RCI dan mahu menekan Muhyiddin. Ini tidak patut dan biarlah beliau (Muhyiddin ) meneliti dan membuat semakan dan kabinet sekarang putuskan.

“Jika RCI mahu ditubuhkan, ini adalah tanggungjawab kerajaan dahulu. Jika ditubuhkan, sudah pasti tidak perlu ada perdebatan dan tuduhan satu sama lain,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mujahid menerusi program tersebut menyatakan pendirian berbeza berhubung RCI apabila berpendapat sekiranya suruhanjaya itu ditubuhkan perlu ada terma rujukan.

“RCI yang ingin ditubuhkan mestilah dengan penilaian yang tepat termasuk bagaimana kewangan disusun.

“Contohnya masa saya ambil alih dan lihat laporan bank negara dan periksa dengan Jabatan Audit Negara 2017 dan sahkan RM4.1 bilion defisit. Malah, ada pengesahan juga mengatakan akaun kewangan tidak dibuat dengan mengikut standard piawaian kewangan.

“Saya ada fakta dan maklumat. Jika waktu itu buat RCI dan buat pemutihan, pendeposit akan lari dan panik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya