KUALA LUMPUR: Mohd. Asri Hamid atau lebih dikenali Asri Janggut tiba di ibu pejabat Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kenyataan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.
Asri yang juga pengasas Hot Burger tiba di pekarangan utama Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 pagi ini.
Dia yang berpakaian putih turut ditemani peguamnya, Datuk Shaharudinali Azfarazmi.
Asri dipanggil untuk memberi keterangan dibawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1990.
Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan Asri Janggut yang didakwa mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.
Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.
Malah, Asri turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah. – UTUSAN ONLINE