Arak seludup bernilai lebih RM380,000 dirampas  - Utusan Malaysia

Arak seludup bernilai lebih RM380,000 dirampas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki berusia antara 40 dan 42 tahun kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan minuman keras di Permas Jaya di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya turut merampas arak pelbagai jenama bernilai lebih RM380,318.

Katanya, serbuan itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama anggota dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am. 

“Serbuan tersebut dilakukan di sebuah kediaman di Permas Jaya pada pukul 4.20 petang. 

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 2,557 botol arak dan 1,560 tin arak bernilai RM380,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Tambah Mohd. Padzli, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. 

“Sehubungan itu polis berharap orang awam akan terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di talian 07-2182323,” tambahnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya