Apa nasib Acap? - Utusan Malaysia

Apa nasib Acap?

ANTARA laluan yang dilalui Mohamad Ashraf Hasan atau Acap berdekatan Bukit Batu Putih di Gopeng, Perak ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail sebelum dilaporkan hilang pada 23 Mac tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mac tahun lalu, kita dikejutkan dengan berita kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap.

Acap yang merupakan Juruteknologi Makmal Klinik Kesihatan Muar menyertai larian tersebut pada 23 Mac, namun disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat oleh rakannya sebelum membuat
laporan berhubung perkara tersebut.

Kehilangan Acap masih menjadi tanda tanya berikutan sehingga kini tiada sebarang perkembangan daripada pihak polis sama ada ia kekal sebagai status orang hilang atau sebaliknya.

Malah, pencarian Acap kini difahamkan telah terhenti, namun abangnya, Mohd. Zahiruddin tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan adiknya bersama
beberapa sukarelawan.

Mohd. Zahiruddin, 35, berkata, setakat ini, tiada sebarang perkembangan daripada siasatan polis, namun mereka sedia maklum bahawa pihaknya masih meneruskan pencarian.

“Cuma saya dimaklumkan bahawa mereka menunggu sekiranya terdapat sebarang petunjuk baharu. Buat masa ini, saya memfokuskan pencarian adik yang hilang di kawasan curam, perigi buta atau perangkap haiwan liar.

“Saya dan pasukan sukarelawan yang menjalankan SAR dalam lingkungan 25 kilometer di laluan kawasan kejadian dan sekitarnya. Operasi mencari dilakukan bersama beberapa pendaki
dan sukarelawan,” katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Zahiruddin berkata, lazimnya, mereka tiba pada Jumaat dan pada waktu malam membuat rondaan sambil berbincang perancangan untuk proses pencarian dan hanya keluar pada Ahad.

“Operasi ini dilaksanakan mengikut kemampuan dan keadaan semasa kerana kadangkala cuaca tidak mengizinkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya