Ahli Parlimen balik kawasan disaran buat ujian saringan  - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen balik kawasan disaran buat ujian saringan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang balik ke kawasan mereka khususnya tempat Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) perlu membuat ujian saringan Covid-19 sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Perkara itu disarankan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai  langkah berjaga-jaga selari dengan arahan Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan wabak tersebut.

“Ini penting kerana saya tahu Ahli Yang Berhormat (YB) pulang ke kawasan masing-masing.

“Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan Covid-19, selain memastikan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar, maka saya ingin sarankan membuat ujian Covid-19,” katanya hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya