78 kertas undi pos PRK Slim dikeluarkan - Utusan Malaysia

78 kertas undi pos PRK Slim dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebanyak 78 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Slim, Perak, semalam.

Setiausahanya, Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula pada pukul 2.30 petang itu dijalankan oleh petugas pilihan raya di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Slim River.

Katanya, kesemua 78 permohonan undi pos tersebut terdiri daripada 75 kategori Borang 1A iaitu untuk 65 petugas pilihan raya dan 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pengundi tidak hadir (PTH) luar negara dan satu permohonan undi pos bagi kategori Borang 1B bagi mereka yang berada di luar negara.

“Sebanyak 68 sampul keutamaan diserahkan kepada Pos Malaysia untuk dihantar kepada pengundi terbabit manakala 10 lagi sampul keutamaan diambil oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) PDRM untuk diserahkan kepada anggotanya memohon undi pos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk. Mohd Khushairi Abdul Talib dari Barisan Nasional (BN) pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Ikmalrudin berkata, proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran wakil kepada calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sementara itu, beliau memberitahu proses pengeluaran kertas undi pos bagi PRK itu disiarkan secara ‘live streaming’ di Facebook SPR bagi meningkatkan lagi kefahaman masyarakat awam mengenai proses pilihan raya.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu 29 Ogos ini.

“Pengundi juga diingatkan agar tidak merakam gambar kertas undi pos dan
menularkannya di laman media sosial. Sekiranya perbuatan ini dilakukan, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya