7 sekeluarga dikebumi - Utusan Malaysia

7 sekeluarga dikebumi

MAJLIS pengkebumian jenazah mangsa kemalangan di Simpang Pulai Perak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Kulim, Kedah malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad malam ini.

Kesemua jenazah itu selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Jenazah tersebut ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Mohd. Zairul Mat Isa, 34; ibunya, Fatimah Mat Isa, 68; isteri Mohd. Zairul, Noratiqah Abd. Hamid, 30, dan anak mereka, Nur Qaseh Damia, 4.

Tiga lagi jenazah ialah sepupu Mohd. Zairul iaitu Hasliza Mahmud, 40, dan suami Hasliza, Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Jenazah tersebut yang dibawa dengan enam buah van jenazah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh tiba di pekarangan tanah perkuburan itu bermula pukul 6.10 petang.

Solat kesemua jenazah itu diimamkan oleh Imam Masjid Al-Abrar, Kampung Badlishah, Abd. Aziz Mahmud pada pukul 6.30 petang.

Kira-kira 1,000 penduduk dan ahli keluarga memenuhi tanah perkuburan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN