Laluan ‘jerangkap samar’ motosikal di Putrajaya - Utusan Malaysia

Laluan ‘jerangkap samar’ motosikal di Putrajaya

LALUAN motosikal yang rosak dan tidak diselenggara di Putrajaya mengundang bahaya kepada pengguna. -UTUSA/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suram, seram, berlopak, jalan tidak sekata, berlumut dan mempunyai longgokan perancah binaan.

Begitulah digambarkan mengenai sebahagian laluan motosikal sekitar Putrajaya yang boleh dikatakan berbahaya dan tidak selamat digunakan.

Sekali imbas, laluan motosikal itu seperti tidak ada apa-apa kecacatan, namun apabila wartawan dan jurufoto mencuba sebahagian laluan berkenaan, ia memberi pengalaman berbeza.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, laluan-laluan motosikal itu membahayakan terutama semasa melalui kawasan mempunyai terowong.

Lebih membahayakan apabila laluan itu digunakan pada waktu malam.

Suasana sunyi dan seram pada waktu malam sekitar terowong itu juga menyebabkan penunggang motosikal rela mengelak menggunakan laluan berkenaan dan menggunakan laluan utama.

Di kawasan sekitar terowong juga seperti satu ‘jerangkap samar’ apabila terdapat banyak lopak kecil dengan kedalaman sekitar tiga hingga lima sentimeter.

Semua itu menjawab persoal an wartawan iaitu mengapa lalu an motosikal di Putrajaya tidak lagi digunakan penunggang kenderaan dua roda itu.

Masing-masing dilihat lebih selesa menggunakan laluan utama untuk memasuki dan menghala keluar Putrajaya yang sudah tentunya lebih singkat masa, selamat dan amat praktikal perjalanan.

Kalau ada pun, segelintir penunggang basikal kelihatan menggunakan laluan motosikal berkenaan.

Putrajaya mempunyai tiga laluan motosikal dengan jarak sejauh 20.7 kilometer. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN