38 individu sedang melepak dikompaun tidak patuh SOP - Utusan Malaysia

38 individu sedang melepak dikompaun tidak patuh SOP

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 38 individu yang berkumpul dengan tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan rehat dan rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dikompaun malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi kira-kira pukul 10.30 malam itu dilakukan bagi memantau pematuhan orang awam terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kesemua 37 lelaki dan seorang perempuan itu didapati sedang berhimpun tanpa alasan munsabah di kawasan R&R itu.

“Justeru kompaun RM1,000 telah dikeluarkan kepada setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP PKPP iaitu berhimpun tanpa mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya menasihati masyarakat tidak mengambil mudah mengenai SOP dan berasa selesa dengan situasi penularan wabak Covid-19 ketika ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN