12,419 penuntut UTeM pilih wakil pelajar guna Mobile Undi - Utusan Malaysia

12,419 penuntut UTeM pilih wakil pelajar guna Mobile Undi

RAHA Abdul Rahim (dua kiri) mengikuti perkembangan semasa proses pilihan raya kampus secara ‘Mobile Undi’ di Pejabat Pengurusan Pengetahuan, kampus induk UTeM, Durian Tunggal. Pemberita: Aimy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelopori kaedah baharu dalam menjalankan pilihan raya kampus (PRK) yang diadakan pada hari ini dengan menggunakan kaedah ‘Mobile Undi’.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kaedah ‘Mobile Undi’ bertepatan dengan musim pandemik Covid-19 memandangkan majoriti penuntut UTeM masih berada di kampung halaman masing-masing.

Jelasnya, pelaksanaan itu memudahkan seramai 12,419 orang penuntut UTeM yang berada di seluruh negara untuk membuang undi bagi memilih calon ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi kali ini.

“Melalui kaedah tersebut mereka tetap berpeluang menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan membuang undi secara atas talian sahaja bagi memilih wakil untuk 34 kerusi yang merangkumi 25 kerusi fakulti dan sembilan kerusi umum.

“Perjalanan PRK UTeM yang bermula dengan kempen dan pengendalian pada hari pilihan raya ini digerakkan sekumpulan pelajar UTeM dikenali sebagai CEC dan dibantu oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM,” katanya di sini hari ini. 

Seramai 50 orang calon bertanding pada PRK UTeM kali ini dengan 30 daripadanya berentap untuk kerusi fakulti, manakala selebihnya merebut kerusi umum. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya