YouTube Sugu Pavithra tiada lagi kandungan video - Utusan Malaysia

YouTube Sugu Pavithra tiada lagi kandungan video

TANGKAP layar saluran Youtube Sugu Pavithra didapati tiada lagi sebarang video.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laman  YouTube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan pasangan suami isteri, S. Pavithra dan M. Sugu didapati tiada lagi sebarang kandungan video  hari ini.

Tinjauan di laman rasmi pasangan Youtuber masakan itu hari ini mendapati, laman Youtube mereka kosong tanpa sebarang video.

Sebelum ini, terdapat 98 video masakan serta aktiviti di saluran Youtube pasangan suami isteri itu.

Saluran Youtube Sugu Pavithra diikuti lebih 785,000 pelayar.

Kali terakhir pasangan itu memuat naik video mereka ialah minggu lalu semasa bercuti bersama keluarga di taman tema air popular di Kuala Lumpur.

 Ekoran tiada lagi video dalam Youtube mereka, ia menimbulkan tanda tanya sama ada semua video dalam laman itu telah dipadamkan.

Apatah lagi ia berlaku selepas perselisihan faham pasangan suami itu sehingga menyebabkan Sugu didakwa di  Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan.

Namun semalam Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan mahu terus bersama-sama menghasilkan program masakan di YouTube.

Sementara itu, pengurus kepada pasangan itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya