Tertekan pedal minyak, tiga termasuk bayi berusia sehari cedera  - Utusan Malaysia

Tertekan pedal minyak, tiga termasuk bayi berusia sehari cedera 

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang tertekan pedal minyak keretanya telah menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.46 petang itu, lelaki berusia 62 tahun yang memandu Toyota Corolla Altis itu dipercayai menunggu anaknya di pintu utama hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dia bagaimanapun gagal mengawal kenderaannya sebelum tertekan pedal minyak selepas terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.

“Kenderaan itu terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia sehari cedera. Ketiga-tiga mangsa dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ezanee berkata, hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap lelaki terbabit didapati negatif.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya