Surirumah 'gengster' ugut jiran guna parang - Utusan Malaysia

Surirumah ‘gengster’ ugut jiran guna parang

NOOR Aini Mohammad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu atas tuduhan mengugut jirannya dengan parang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Akibat mengugut jirannya dengan parang, seorang surirumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh, Noor Aini Mohammad, 35, yang berbaju kurung hijau dan bertudung coklat bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nrul Ain Engku Muda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan ugutan jenayah mahu menyebabkan kematian atau kecederaan dengan memegang parang dan mengeluarkan kata-kata ‘mu mari keluar, aku nak pukul mu’ terhadap Azizah Adib Rahim, 25.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Payong, Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payung kira-kira pukul 6.45 petang pada 13 Julai lalu.

Noor Aini didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Osman Ibrahim.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya