SPRM cari Shamsul Shahrul - Utusan Malaysia

SPRM cari Shamsul Shahrul

SHAMSUL SHAHRUL SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki, Shamsul Shahrul Shamsudin bernombor kad pengenalan, 820710-07-5415 untuk membantu siasatan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, alamat terakhir lelaki itu yang juga bekas anggota polis berpangkat Koperal adalah di No. A210, Taman Derga Jaya, Jalan Dato Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Shamsul Shahrul diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa, Ahmad Nazri Yub di talian 019-373 7725 / 04-700 1880 atau e-mel ke alamat, [email protected],” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN