Semua sekolah di Negeri Sembilan patuhi SOP - Utusan Malaysia

Semua sekolah di Negeri Sembilan patuhi SOP

MD. Fiah Md. Jamin (tengah) meninjau sesi persekolahan SK Tekir di Seremban hari ini.-UTUSAN/SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua sekolah di Negeri Sembilan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pembukaan semula sesi persekolahan.

Walau bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md. Fiah Md. Jamin berkata, berlaku permasalahan kecil termasuk kesesakan di luar pintu pagar sekolah.

“Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang diperolehi, sesi pengajaran di semua sekolah berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

“Berdasarkan sesi persekolahan yang telah bermula sebelum ini, hanya masalah kecil yang disuarakan oleh kebanyakan sekolah iaitu kesesakan di luar pintu pagar sekolah. Masalah itu akan dibaiki dari semasa ke semasa dan saya yakin semua pelajar mampu memberi kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tekir di sini, hari ini. 

Sementara itu, menurut Md. Fiah, seramai 69,734 murid tahun satu, dua, tiga dan empat, dari 352 buah sekolah di Negeri Sembilan memulakan sesi persekolahan hari ini. 

Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 312 murid dari empat buah sekolah Orang Asli. 

“Sekolah berkenaan  SK Putra, SK Senibai, SK Sungai Sampo dan SK Tekir,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya