Sambal hitam belimbing rentas Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Sambal hitam belimbing rentas Sabah, Sarawak

belimbing
NOR Azam Mohamed memasak sambal hitam buah belimbing di rumahnya di Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut,, Pahang. PEMBERITA: Mohamad Shofi Mat Isa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Jika dahulu tiada siapa kisah dengan buah belimbing­ buluh kerana rasa­nya yang masam hinggakan ia terbiar busuk di atas tanah.

Tetapi siapa sangka buah yang dicari pesakit darah ting­gi untuk mengurangkan ba­caan tekanan darah ini mempunyai nilai komersial jika bi­jak dipadankan dengan me­nu tradisional, asalkan ada kemahuan dan berani mencuba.

Memegang falsafah enggan menyerah kalah, seorang bapa di Felda Kota Gelanggi 4 dekat sini kini menghela nafas panjang apabila produk sambal hitam belimbing yang diusahakan bersama isterinya berjaya, malah menembusi pasaran Sabah dan Sarawak dalam tempoh yang singkat.

Semuanya bermula apabila Nor Azam Mohamed, 29, sebak memikirkan nasib dua anaknya yang berusia tujuh bulan dan empat tahun setelah hilang punca pendapatan.

Pengendali makanan di sebuah kantin sekolah itu berkata, setelah operasi kantin terpaksa ditutup, dia resah memikirkan nasib anak­nya yang memerlukan susu, lampin pakai buang dan juga makanan tetapi ‘kantung’ kewangannya semakin susut.

“Dua bulan saya buntu, resah memikirkan nasib keluarga. Setiap kali melihat isteri, anak-anak dan ibu, saya sebak.

“Saya bingung, apakah pekerjaan atau peluang yang perlu dicongak untuk memastikan orang yang saya sayang mampu menjamah sesuap nasi dalam tempoh ancaman wabak Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercerita lanjut, Nor Azam berkata, dia tidak sampai hati hendak mengharapkan bantuan kewangan hasil sawit daripada ladang milik ibunya.

Sebaliknya dia nekad me­ng­­ubah ke­hidupan dengan menghasilkan sambal hitam.

Dia dan isterinya, Deanna Ukasya Ng Kook Soon, 25, mula memasak sambal hitam tersebut setelah mempelajari resipi itu daripada ibunya.

“Sebagai perintis pengeluaran makanan ini, saya menyediakan bahan asas iaitu buah belimbing, ikan bilis, cili api dan bawang sebelum memasak dalam tempoh tiga jam.

“Pengeluaran pertama kami dipromosikan kepada rakan-rakan di Felda Kota Gelanggi 2 dan Kota Gelanggi 4 melalui WhatsApp,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya