KUALA LUMPUR: Lelaki warga Bangladesh. Md. Rayhan Kabir yang ditahan Jabatan Imigresen semalam akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen sehingga proses dokumentasi dan pembelian tiket selesai.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tempoh tersebut akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu sebelum suspek berusia 25 tahun itu diusir.
“Lokasi depoh suspek tidak dapat didedahkan kerana ia adalah rahsia,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam tangkapan kira-kira pukul 5.45 petang semalam, Md. Rayhan Kabir ditahan Unit Risikan dan Operasi Imigresen, Putrajaya selepas bersembunyi di sebuah kondominiun di Setapak di sini sejak 18 hari lalu.
Penahanan itu adalah hasil risikan dan buruan selama dua minggu jabatan berkenaan.-UTUSAN ONLINE