Rayhan Kabir ditahan - Utusan Malaysia

Rayhan Kabir ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas 18 hari bersembunyi, lelaki warga Bangladesh dikenali Md. Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini ditahan semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan 5.45 petang di Setapak di sini oleh Unit Risikan dan Operasi, Imigresen, Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tangkapan itu adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat di atas usaha dan komitmen mereka.

“Warganegara Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalami.

Lelaki terbabit sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

Susulan itu, Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959 dan 1963.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya