Rakyat wajib elak gelombang kedua Covid-19 - Utusan Malaysia

Rakyat wajib elak gelombang kedua Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat wajib berusaha sedaya upaya mengelakkan gelombang kedua Covid-19 melanda negara ini.

Ini kerana impaknya terlalu besar dan berat untuk ditampung ekonomi negara khususnya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azali Mohamed berkata, gelombang kedua Covid-19 jika berlaku bakal memberi impak negatif kepada pelbagai sektor ekonomi termasuk peluang pekerjaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perbankan, pendidikan dan pelaburan.

“Dari segi pendidikan sahaja, kemasukan pelajar antarabangsa ke negara ini sahaja melibatkan bernilai berbilion ringgit. Jika PKP dilaksanakan lagi, kita sudah rugi dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Perdana Menteri,TanSri Muhyiddin Yassin kelmarin melahirkan kebimbangan terhadap sikap orang ramai yang alpa terhadap penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia (MAHEA), Prof. Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata, rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kata beliau, setakat ini Malaysia mencatat kejayaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 dengan nisbah kes dan kematian kepada populasi rakyat jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara dunia lain.

“Jangan leka. Rakyat perlu terus patuh kepada arahan. Ini perlu dipandang serius dan semua anggota masyarakat perlu bekerjasama.

“Jika tidak, kita tak mampu mempertahankan apa yang telah kita capai setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya