KUALA LUMPUR: Infrastuktur terutama bank dan perkhidmatan internet perlu ditambah di pedalaman sebagai keperluan rakyat pedalaman di Sarawak.
Anyi Ngau (GPS-Baram) hari ini berkata, mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk ke bandar utama terutama ketika menerima Bantuan Prihatin Nasional.
Katanya, keadaan menjadi lebih parah ketika berlakunya pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Apabila orang kampung mahu ke bank di bandar, mereka ada masalah. Jalan tak bagus. Mereka terpaksa berhimpit dalam kenderaan pancuan empat roda datang ke bandar Miri kerana di sini sahaja ada satu bank.
“Malah kos juga tinggi. Selain itu, aktiviti dan pembelajaran melalui maya yang gunakan internet ini tidak dapat dicapai kerana tiadanya perkhidmatan internet,” katanya ketika sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang Di-pertuan Agung di Dewan Rakyat di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE-