PM adakan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen PN - Utusan Malaysia

PM adakan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu perjumpaan tertutup melibatkan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diadakan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Difahamkan, perjumpaan pada pukul 1 petang itu diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui berkata, perjumpaan itu adalah pertemuan biasa Ahli Parlimen PN yang membincangkan pelbagai perkara.

“Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tidak boleh beritahu media,” katanya.

Ditanya sama ada kedudukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam parti turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut, beliau enggan mengulas lanjut.

“Macam-macam (perbincangan),” ujar beliau.

Sementara itu, memetik laporan portal PN BBC, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan pertemuan yang dihadiri semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Pertemuan itu adalah pertemuan biasa yang diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya