PKR Perak tidak tanding PRK Slim - Utusan Malaysia

PKR Perak tidak tanding PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk MA Tinagaran berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan semula kes Covid-19 ketika ini selain tidak mahu membebankan rakyat.

“Keputusan untuk tidak bertanding ini adalah keputusan PH Perak dan keputusan ini hampir sama dengan keputusan Pakatan Harapan (PH).

“Memang sebelum ini Pengerusi PKR Perak ada membuat pengumuman akan meletakkan calon, namun selepas beberapa perundingan, beliau akur PKR tidak meletakkan calon,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyatakan PKR akan bertanding pada PRK DUN Slim. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya