Pindaan akta elak lompat parti - Wan Ahmad - Utusan Malaysia

Pindaan akta elak lompat parti – Wan Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Peraturan-peraturan Perjalanan Pilihan Raya 1998 perlu dilakukan bagi menyekat wakil rakyat lompat parti.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, di bawah undang-undang sedia ada tiada larangan kepada mana-mana wakil rakyat untuk mengubah keahlian atau lompat parti.

Malah katanya, status seorang wakil rakyat itu juga tidak terjejas sekiranya dia bertindak demikian.

“Cadangan itu (pinda Akta Pilihan Raya) sesuai tetapi bercanggah dengan prinsip kebebasan di bawah sistem demokrasi berperwakilan. 

“Jadi, apa yang boleh dilakukan (menyekat tindakan lompat parti) adalah menggubal undang-undang di mana seorang yang bertanding mewakili satu-satu parti, apabila dia melompat parti maka lucut kelayakannya sebagai wakil rakyat.

“Apabila ini berlaku, PRK (Pilihan Raya Kecil) perlu diadakan atau kerusi yang kosong itu kembali menjadi milik parti yang diwakilinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam mencadangkan, semua Ahli Parlimen sebulat suara melakukan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya 1958.

Mohamed Nazri berkata, cadangan itu bukan sahaja menamatkan senario lompat parti malah memastikan kerusi Parlimen secara undang-undang tidak lagi diwakili individu tetapi parti.

Wah Ahmad berkata, ketiadaan akta khusus menyebabkan wakil rakyat bebas lompat parti dan tindakan itu budaya politik tidak sihat.

“Saranan Nazri Aziz adalah cadangan yang baik dan pindaan itu boleh dibuat di bawah Peraturan-peraturan Perjalanan Pilihan Raya 1998,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya