PGA rampas 20 lembu seludup bernilai RM140,000 - Utusan Malaysia

PGA rampas 20 lembu seludup bernilai RM140,000

LORI sarat muatan lembu seludup ditahan PGA Batalion 9 Kuala Terengganu di Kampung Jejawi, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 20 ekor lembu seludup selepas menahan lori jenis `Shot Horn’ dalam operasi di Kampung Jejawi di sini, kira-kira pukul 5.15 pagi semalam.

Haiwan terbabit dianggarkan bernilai RM140,000, dipercayai diseludup bagi memenuhi permintaan lembu korban menjelang Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, lori terbabit ditahan selepas pemandunya gagal mengemukakan dokumen lengkap untuk membawa masuk lembu dari negara jiran.

“Dokumen didaftarkan di Limbat, Kota Bharu dan tidak mempunyai cop Jabatan Veterinar Kelantan. Nombor pendaftaran kenderaan dibenarkan pada dokumen juga berbeza,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lembu-lembu berkenaan hendak dihantar ke kampung terbabit.

“Pemandu, kelindan dan lembu dibawa ke Balai Polis Jeram Jeram Perdah untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan termasuk lori kira-kira RM310,000. Siasatan di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya.

Nor Azizan berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi melalui Op Benteng Koronavirus (Covid-19) bagi membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya