Permohonan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA dibuka - Utusan Malaysia

Permohonan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA dibuka

NANCY Shukri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua penggiat industri pelancongan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini boleh membuat permohonan  skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilai RM1 bilion.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemohon boleh menghubungi 12 institusi kewangan terlibat bagi memastikan kelayakan untuk mendapatkan pembiayaan berkenaan.

Katanya, kelulusan permohonan itu bagaimanapun tertakluk kepada penilaian institusi-institusi kewangan tersebut. 

“Pelaksanaan skim ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu PKS dan perusahaan mikro tempatan memulihkan sektor pelancongan yang terjejas berikutan Covid-19 .

“Pembiayaan itu juga dapat mengekalkan keupayaan dan membantu mereka membuat penyesuaian serta meningkatkan daya saing selepas negara pulih daripada wabak tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Nancy berkata, skim tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM75,000 kepada perusahaan mikro dan sehingga RM300,000 kepada PKS pada kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan tidak lebih tujuh tahun. 

Katanya, melalui Skim itu juga, PKS dan perusahaan mikro diberi tempoh tangguh pembayaran balik minimum enam bulan bagi membantu aliran tunai.

“PKS dan perusahaan mikro yang memenuhi takrifan SME Corp Malaysia atau yang dilesenkan di bawah MOTAC dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan layak memohon skim pembiayaan itu,” katanya.

Institusi kewangan terlibat dengan skim tersebut iaitu Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad, AmBank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Turut terlibat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad, RHB Bank Berhad/RHB Islamic Berhad dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank).

Butiran terperinci skim itu boleh didapati di https://penjana.treasury.gov.my/. – UTUSAN ONLIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya