Perak buka tanah pertanian bantu rakyat hilang pekerjaan - Utusan Malaysia

Perak buka tanah pertanian bantu rakyat hilang pekerjaan

AHMAD FAIZAL AZUMU memegang bakul sayuran ketika melancarkan Program Tanaman Bumi Hijau di Ipoh, Perak. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri (tengah) dan Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman. – UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak merancang membuka tanah-tanah baharu untuk pertanian sebagai langkah awal menjana semula ekonomi rakyat negeri itu yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan Covid-19.

Langkah itu dilihat sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang mahu memperkasakan bidang pertanian dengan melibatkan penyertaan rakyat selepas kejayaan mengadakan projek pertanian berskala besar, Perak Agrovalley di kawasan seluas 1,983 hektar dekat Lenggong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertanian merupakan industri yang mudah dan terbuka luas untuk rakyat yang hilang kerja mencari sumber rezeki baharu.

Beliau berkata, dianggarkan lebih 2,000 di negeri ini hilang pekerjaan semasa pelaksanaan PKP dan ramai antara mereka masih belum mendapat pekerjaan.

“Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian untuk mereka yang hilang pekerjaan merupakan antara usaha yang sedang dirangka kerajaan negeri.

“Pada pandangan saya, pertanian merupakan industri yang mudah untuk kita dampingi dan diusahakan rakyat.

“Untuk mereka yang kehilangan kerja, kita cari jalan buka tanah-tanah baharu supaya mereka dapat memulakan usaha dalam bidang pertanian,” katanya di sini semalam.

Mengenai Perak Agrovalley di Lenggong, Ahmad Faizal berkata, kerajaan juga membuka peluang kepada rakyat yang menganggur untuk menyertai projek berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya