KOTA TINGGI: Masih ada segelintir individu yang berdegil melakukan aktiviti riadah dan mandi-manda di Pantai Tanjung Balau di sini yang ditutup kerana dinaik taraf.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, meskipun papan tanda dipasang, ada yang sanggup menceroboh besi penghadang
sehingga berlaku kerosakan.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), A. Jalil Md. Arsad berkata, pihaknya tidak akan
bertanggungjawab terhadap kemala ngan atau kejadian yang tidak diingini sepanjang tempoh penutupan kawasan berkenaan.
Beliau meminta orang ramai tidak mengganggu kerja-kerja menaik taraf pantai tersebut.
“Pantai Tanjung Balau dalam proses kerja-kerja naik taraf bagi keselesaan pengunjung.
“Seluruh kawasan pantai perlu ditutup untuk kegunaan awam bagi menjamin keselamatan,” katanya kepada Utusan
Malaysia, baru-baru ini.
A. Jalil berkata, sehubungan itu orang ramai diharap dapat memberi kerjasama dengan mematuhi larangan memasuki
pantai berkenaan.
Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf pantai berkenaan bermula Januari 2019 dan dijangka selesai awal tahun depan. – UTUSAN ONLINE