Pengedar akhbar tumpang 'ong' Kosmo!, Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Pengedar akhbar tumpang ‘ong’ Kosmo!, Utusan Malaysia

SEOW Tiam Fat menunjukkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di kedainya di Bandar Segamat, Johor. - UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Pengedar akhbar, Seow Tiam Fatt, 48, menganggap kemunculan semula akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! sebagai  ‘Ong’ atau tuah kepada perniagaannya hari ini.

Tiam Fat berkata, bapanya, Seow Fong Sun, 81, telah menjadi pengedar akhbar sejak tahun 1970-an sebelum dia mengambil alih perniagaan itu pada tahun 1990-an. 

Katanya, dengan penerbitan akhbar tempatan yang meluas pada zaman tersebut, dia merasakan kemunculan semula akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia hari ini sejarah dalam industri penerbitan tempatan.

“Saya turut berasa bangga dan gembira apabila mendapat tahu kedua-dua akhbar ini akan diterbitkan semula sekali gus meningkatkan jualan akhbar di kedai saya bermula hari ini,” katanya di sini hari ini.

Tiam Fat memulakan perniagaan mulai pukul 7 pagi dan telah menjual lebih 20 naskah Kosmo! dan Utusan Malaysia di kedainya di Bandar Segamat di sini.

Jelas Tiam Fat, dia turut menguar-uarkan berita penerbitan semula kedua-dua akhbar itu kepada pelanggan-pelanggannya selepas menonton video teaser Kosmo! dan Utusan Malaysia yang tular di media sosial seminggu lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN