Pendidikan Rukun Negara akan diperkenal - Utusan Malaysia

Pendidikan Rukun Negara akan diperkenal

HALIMAH MOHAMED SADIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam usaha untuk memperkenalkan silibus baharu berkaitan Pendidikan Rukun Negara bagi menggantikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang ditamatkan pada 2013.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, usaha itu bersempena dengan sambutan 50 tahun Rukun Negara yang telah dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai lalu.

Jelasnya, subjek berkenaan bukan sahaja akan diimplementasikan di sekolah rendah dan menengah malah turut melibatkan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). 

“Kalau dulu kita ada pendidikan sivik, masa saya dulu ada pendidikan tatanegara, kita hendak serapkan kembali Pendidikan Rukun Negara ke sistem pendidikan melalui sekolah-sekolah di sekolah rendah dan menengah. 

“Juga aktiviti sekretariat Rukun Negara bersama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Halimah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang meminta kerajaan menyatakan adakah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bakal diperkenal semula.

Sebelum ini, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk menjadikan Pendidikan Rukun Negara sebagai teras kerajaan.

Beliau berkata, agenda itu akan diterajui dua kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya