Pemandu e-hailing didakwa cabul penumpang - Utusan Malaysia

Pemandu e-hailing didakwa cabul penumpang

PEMANDU e-hailing didakwa mencabul penumpang di Mahkamah Majistret Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita pada awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Fadzil Mahat, 44, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan tujuan hendak mencabul kehormatan mangsa berusia 28 tahun. 

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 7 petang di dalam kereta di Jalan Tun Abdul Razak, di sini pada 1 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah serta menanggung ibu bapa yang sudah uzur. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mendekati dan mengganggu mangsa sepanjang prosiding mahkamah berjalan. 

Mahkamah turut menetapkan 15 September ini untuk tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.  – UTUSAN ONLINE

 

Habis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya