Pelancong ke Pulau Pinang meningkat 50 peratus - Utusan Malaysia

Pelancong ke Pulau Pinang meningkat 50 peratus

YEOH SOON HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Pemain sektor pelancongan di negeri ini kembali menarik nafas lega apabila unjuran kedatangan pelancong meningkat hampir 50 peratus sejak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP), Ch’ng Huck Teng berkata, kadar penginapan hotel juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu 60 peratus penuh di kawasan pusat peranginan Batu Feringghi dan 30 peratus penuh di Georgetown.

Menurut beliau, perkembangan itu adalah sesuatu yang positif khususnya kepada pemain sektor pelancongan di ne­geri ini yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 sejak Mac lalu.

“Sehubungan itu, kita menggesa rakyat Malaysia mengambil kelebihan daripada kebenaran rentas negeri ini untuk melancong ke Pulau Pinang.

“Ini kerana pelbagai tarikan menarik ditawarkan sama ada oleh hotel-hotel atau pusat tarikan pelancongan di Pulau Pinang ketika ini khusus untuk manfaat pelancong tempatan,” katanya di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya