Pavitra individu pertama dipilih Ikon Bandaraya Ipoh - Utusan Malaysia

Pavitra individu pertama dipilih Ikon Bandaraya Ipoh

RUMAIZI Baharin menyampaikan cenderamata kepada Sugu Pavitra yang dipilih sebagai Ikon Bandaraya Ipoh di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: YouTuber sensasi masakan, Sugu Pavitra, 28, diangkat sebagai Ikon Bandaraya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh,  Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengiktirafan sebagai menghargai dan mengiktiraf kejayaan Pavitra yang berasal dari Ipoh.

Katanya, usaha anak kelahiran Buntong,Ipoh itu menyebabkannya cukup dikenali dan mempunyai lebih 700,000 pengikut dalam Youtube.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun sudah beri pengiktirafan kepada beliau (Pavitra) dan kita harap beliau akan terus berjaya (dalam bidang diceburi),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rumaizi berkata, MBI sedang mengumpul calon-clon dan mensasarkan 100 individu disenarai sebagai Ikon Bandaraya Ipoh.

Katanya, gelaran ikon dianugerah kepada sesiapa sahaja yang memberikan sumbangan dan menunjukkan kejayaan cemerlang dalam mengharumkan nama bandar raya Ipoh.

“Buat masa ini seramai 10 individu daripada pelbagai bidang dan latar belakang sudah dikenal pasti.

“Ia membabitkan semua anak bandar raya yang memberikan sumbangan daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan, penjawat awam, tokoh agama,” katanya.

Katanya, MBI merancang menyampaikan anugerah ikon berkenaan pada sambutan Hari Bandaraya Ipoh tahun hadapan.

Rumaizi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Ikon Bandaraya Ipoh berkata, penerima tidak semestinya individu yang masih hidup, sebaliknya boleh juga mereka yang sudah meninggal dunia tetapi banyak menabur jasa terhadap pembangunan Ipoh sejak 1887 sehingga kini.

Sementara itu, Pavitra bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan serta pengiktirafan yang diberikan MBI.

“Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong dan memberikan semangat atas usaha yang saya lakukan,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya