Pavithra maafkan suami - Utusan Malaysia

Pavithra maafkan suami

M. Sugu menutup mukanya ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Saya maafkan dia’.

Itu kata Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra tentang perselisihan faham dengan suaminya, M. Sugu yang menghadapi dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Pavithra, 28, berkata, dia tidak mahu memikirkan masalah tersebut, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah masalah keluarga.

“Kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,” katanya di sini semalam.

Sugu didakwa memiliki sebilah sabit berukuran 66.04 sentimeter bertulis perkataan Tiger kira-kira pukul 6 petang Selasa lalu di wad Unit Rawatan Paliatif Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memukul Pavithra menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di tempat letak kereta HRPB, Selasa lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Bagi tuduhan pertama, Mohd. Fauzi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan RM5,000 untuk pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya