Patuh SOP tanda cintakan negara - Utusan Malaysia

Patuh SOP tanda cintakan negara

HASNI Mohammad menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat Johor di Kota Iskandar, hari ini. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengajak rakyat negeri itu menzahirkan semangat cintakan negara dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang kini menjadi keutamaan semua pihak dalam menghentikan penularan Covid-19.

Hasni berkata, perjuangan rakyat Malaysia dalam menentang Covid-19 masih belum berakhir kerana virus tersebut merupakan musuh yang tidak kelihatan. 

Katanya, selagi vaksin belum ditemukan, perjuangan memerdekakan umat manusia daripada belenggu wabak itu belum lagi selesai.

“Meskipun sambutan Hari Kebangsaan kali ini berbeza ekoran pandemik virus Covid-19, namun keadaan ini tidak bermakna semangat mencintai negara terus pudar.

“Semangat ini boleh dizahirkan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Hasni berkata, tema Hari Kebangsaan kali ini ‘Malaysia Prihatin’ amat bemakna kepada rakyat Malaysia kerana ia tanda kebersamaan berjuang mengekang penularan Covid-19.

“Misalnya, perkataan Malaysia merujuk kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dan pekerjaan sama ada petugas barisan hadapan, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan serta individu.

“Prihatin pula melambangkan kepekaan dan sikap ambil berat ditunjukkan kerajaan merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat menerusi pelbagai inisiatif,” katanya.

Katanya, ia merangkumi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya