‘Nasib’ Najib tidak akan jejaskan PN - Utusan Malaysia

‘Nasib’ Najib tidak akan jejaskan PN

NAJIB Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi ketika menunggu keputusan kes babitkan bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi di sini ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengeruhkan hubungan setia kawan di antara UMNO dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meskipun ada angin bertiup kencang bahawa Barisan Nasional (BN) akan mengambil langkah drastik susulan sabitan ke atas bekas Pengerusinya itu.

Beliau berkata, kejujuran dan keikhlasan dalam perkongsian kuasa serta persahabatan tetap menjadi prinsip utama dan akan dipertahankan.

“UMNO dan BN menanggapi penghakiman kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) Najib sebagai suatu yang perlu diberi ketelitian dan perhatian serius. 

“Apa yang dilalui dalam kes ini belum berakhir kerana ruang mendapatkan keadilan dalam proses perundangan masih terbuka. Tiada siapa yang patut dihalang daripada memperolehi keadilan.

“UMNO dan BN akan menangani keputusan penghakiman ini dengan cara yang terbaik di samping mempertahankan kesetiakawanan bersama sekutu-sekutu dalam BN, Muafakat Nasional (M) dan PN,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook semalam.

Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati bekas perdana menteri itu gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Ahmad Zahid sebelum ini menjelaskan, meskipun akur dengan keputusan berkenaan, parti akan melakukan sesuatu untuk membantu Najib. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya