MBM boleh bantu gerakkan ekonomi pasca Covid-19 - PM - Utusan Malaysia

MBM boleh bantu gerakkan ekonomi pasca Covid-19 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku organisasi yang menaungi golongan muda boleh memainkan peranan dalam menggerakkan semula ekonomi pasca Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini kerajaan nemberi tumpuan terhadap usaha berkenaan.

“Saya yakin MBM dapat bekerja rapat dengan kerajaan untuk membantu generasi muda yang terkesan dari sudut ekonomi kerana mereka termasuk dalam senarai pihak yang diberikan tumpuan khusus dalam pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya hari ini.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa gambar berkaitan pertemuan beliau dengan 13 pemimpin tertinggi MBM diketuai Presidennya, Jufitri Joha.

Muhyiddin berkata, pada pertemuan itu mereka membincangkan peranan yang boleh dimainkan golongan belia dalam pembangunan negara.

Dalam usaha memajukan golongan belia, beliau berkata, MBM turut membangkitkan mengenai keperluan menambah bilangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Sabah dan Sarawak.

“Saya mengambil maklum bahawa ketika ini hanya terdapat sebuah IKBN di kedua-dua negeri itu.

“Perkara ini akan diberi perhatian untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN