Lapan dicekup khayal di Pulau Besar - Utusan Malaysia

Lapan dicekup khayal di Pulau Besar

LAPAN individu dicekup polis dalam serbuan bersepadu di Pulau Besar, Melaka. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lapan individu dicekup polis, manakala 16 lagi termasuk seorang wanita warga emas turut diperiksa dalam operasi penyalahgunaan dadah di Pulau Besar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, operasi bermula pukul 7 pagi hingga 2 petang dan kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 52 tahun.

“Dua daripada mereka berusia 43 dan 52 tahun didapati positif methamphetamine dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)a dan 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Empat lagi positif ujian air kencing dan diserahkan kepada penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, seorang wanita warga emas berusia 67 tahun turut diperiksa namun ujian air kencing yang dibuat negatif dadah. 

Beliau berkata, selain menjadikan kawasan itu lokasi penyalahgunaan dadah, mereka yang ditahan turut membuat kerja sambilan membantu pemandu pelancong membawa pelawat masuk ke Pulau Besar. 

“Tujuan utama kita melakukan operasi untuk memastikan kawasan tumpuan pelancong itu bebas daripada penyalahgunaan dadah dan selamat dikunjungi pelawat,” katanya. 

Sementara itu, lapan khemah turut dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana dibuka tanpa kebenaran. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya