Lelaki pakai gelang merah jambu di restoran pula tular - Utusan Malaysia

Lelaki pakai gelang merah jambu di restoran pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lagi tular gambar seorang lelaki yang memakai gelang tangan merah jambu pengesanan Covid-19 berada di sebuah restoran di Sungai Udang di sini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, lelaki berusia 40-an berkenaan duduk di restoran tersebut sementara menunggu individu lain mengambilnya untuk pemeriksaan ujian saringan kedua di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Difahamkan, lelaki warga negara India yang perlu menjalani kuarantin wajib itu datang ke Malaysia untuk bekerja di restoran tersebut.

Seorang pekerja restoran, Mohamad Khaled In Habib, 47,  berkata, dia telah melarang lelaki itu berada di restoran kerana mematuhi prosedur standard operasi ditetapkan kerajaan. 

“Saya sudah beritahu dia tidak boleh masuk tetapi dia degil dan beri alasan tunggu kawan hantar ke hospital.

“Dia juga beritahu hari ini hari terakhir dia menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati pihak polis dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) hadir melakukan pemeriksaan dan meminta keterangan daripada pekerja restoran tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya