KPJ Pakar Puteri sumbang 21 katil untuk warga emas - Utusan Malaysia

KPJ Pakar Puteri sumbang 21 katil untuk warga emas

NORIJAH Bidin menerima sumbangan katil daripada Hospital KPJ Pakar Puteri. Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hospital KPJ Pakar Puteri Johor menyumbang sebanyak 21 katil terpakai untuk penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, walaupun katil terpakai, ia masih baik dan berfungsi. 

“Pemberian katil ini diharap dapat memberi manfaat buat penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang majoriti mempunyai masalah kesihatan. 

“Kita sentiasa komited untuk membantu badan bukan kerajaan atau individu memerlukan khususnya melibat khidmat penjagaan kesihatan,” katanya.

Tambah Haliza, pemberian sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat (CSR) pihaknya buat komuniti khususnya melibatkan golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin pula memberitahu, sumbangan berbentuk katil itu tepat pada masanya. 

“Untuk makluman, pembinaan bangunan baharu pusat jagaan ini sedang dijalankan jadi sumbangan ini amat tepat pada waktunya. 

“Kita juga telah menerima 13 penghuni baharu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat jadi sedikit sebanyak sumbangan ini akan dapat memenuhi keperluan mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya