Komen jelek Permaisuri Selangor, peniaga mengaku salah - Utusan Malaysia

Komen jelek Permaisuri Selangor, peniaga mengaku salah

SITI NURUL AIN MAT NAYAN didakwa di Mahkamah Majistret, Shah Alam kerana memuat naik komen jelek terhadap Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. -
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah memuat naik komen jelek terhadap Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bulan lalu.

Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan,32, membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Rihaida Rafie ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada seorang anak itu didakwa menggunakan aplikasi internet melalui telefon bimbit Samsung A30 secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komen jelek dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh berasal dari Pahang itu memuat naik komen jelek berkenaan di Facebook miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Istana Mestika, Jalan Permata 7/1,  Seksyen 7 di sini pada 26 Jun lalu, pukul 10.26 pagi.

Rihaida memerintahkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan keputusan kes Jumaat ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norbaizura Mohd. Saubian. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya