Kelas cukup walau ikut SOP - Utusan Malaysia

Kelas cukup walau ikut SOP

SEORANG murid menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kelas pada hari pertama persekolahan tahun satu hingga empat di SK Taman Perling 3 di Johor Bahru hari ini. -GAMBAR/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua 1,187 sekolah di negeri ini menyediakan kelas secukupnya walaupun kedudukan murid dan pelajar terpaksa mengikut penjarakan sosial berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Shaharuddin Saari berkata, setakat ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan guru serta pelajar mematuhi SOP ditetapkan.

“Pembukaan semua sekolah ini yang dibuat secara berperingkat sejak 24 Jun lalu membabitkan 48,944 pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling 3 di sini mendapati semua 600 murid mematuhi SOP ditetapkan dengan terlebih dahulu perlu menjalani saringan sebelum masuk ke premis sekolah.

Seorang ibu, Nor Linda Md. Johari, 39, berkata, dia melakukan persiapan rapi  termasuk membeli tisu dan sudu, cecair pembasmi kuman, penutup muka dan tisu pelembap untuk ketiga-tiga anaknya.

“Kos semua pembelian berjumlah RM50 tetapi bagi saya tiada masalah demi mengelakkan dijangkiti virus Covid-19.

“Anak-anak semua seronok untuk kembali ke sekolah kerana sebelum ini mereka sudah lama duduk di rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya