Isyarat kuat kepada pimpinan Amanah - Utusan Malaysia

Isyarat kuat kepada pimpinan Amanah

DR. FAIZUL AMRI ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Dr. Faizul Amri Adnan berkata, peletakan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Johor bertujuan memberi isyarat kuat kepada kepemimpinan untuk menyelesaikan konflik dalaman parti itu.

Katanya, beliau masih ahli Amanah dengan dan terus berpegang dengan prinsip perjuangan membela nasib rakyat.

“Saya kekal bersama mandat rakyat yang memberi kemenangan dan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin Johor amnya dan Malaysia khasnya.

“Saya tidak akan sesekali menjadi pengkhianat kepada mandat ini seperti mana yang ditunjukkan oleh beberapa ahli politik hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Faizul Amri memaklumkan masih kekal menyokong PH dan Amanah meskipun meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Johor.

Menurut Faizul Amri, isu itu adalah masalah dalaman parti namun ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan cuba menangguk di air keruh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya