KUALA LUMPUR: Hari Raya Aidiladha bagi seluruh negara ditetapkan pada Jumaat, 31 Julai ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman hari ini.
Berikut pengumuman tersebut:
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Dulu-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Jumaat, 31 Julai 2020 Masihi. Sekian. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakuh.”