Guan Eng tidak sihat, dipanggil semula Sabtu - Utusan Malaysia

Guan Eng tidak sihat, dipanggil semula Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  yang dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini  mendakwa  tidak sihat dan akan dipanggil semula Sabtu ini. 

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan hadir memberi keterangan  ketika berada dalam cuti sakit selama dua hari bermula hari ini. 

Sehubungan itu, peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, Guan Eng akan dipanggil semula pada pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

“Beliau hadir sebagai seorang saksi. Sebenarnya beliau tidak sihat hari ini, beliau ada sijil cuti sakit untuk dua hari.

“Memandangkan telah menerima notis untuk hadir, kami memberi kerjasama hadir di SPRM, keterangan belum selesai lagi,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Guan Eng hari ini dipanggil memberi keterangan berhubung isu skandal terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. 

Proses mengambil keterangan itu mengambil masa selama enam jam dan Guan Eng keluar dari bangunan SPRM pada pukul 7.13 petang. 

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan  memasuki pekarangan ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 1 tengah hari tadi yang turut  ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya