Guan Eng sambung beri keterangan esok - Utusan Malaysia

Guan Eng sambung beri keterangan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng  selesai memberi keterangan selama enam jam di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Menurut sumber SPRM, Guan Eng akan hadir memberi keterangan buat kali ketiga pada pukul 11 pagi esok. 

Guan Eng bagaimana pun enggan memberi sebarang komen meskipun diasak pemberita yang sedia menunggu di lobi utama bangunan SPRM.

Beliau meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 7.40 malam bersama peguam yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu tiba pada jam 12.40 tengah hari ditemani Rayer.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan bagi projek berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada 3 Julai lalu berkata, pihaknya dalam fasa akhir menyiapkan siasatan projek itu.

Kertas siasatan dijangka lengkap dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya